Derma


TABUNG THALASSAEMIA MALAYSIA

Dengan hormatnya perkara diatas dirujuk untuk perhatian pihak tuan. Badan Kebajikan Thalassaemia Malaysia (Berkat Malaysia) adalah sebuah pertubuhan yang ditubuhkan untuk menjaga kebajikan persakit Thalassaemia di Malaysia. Berkat Malaysia telah mengadakan perbagai program serta aktiviti untuk pesakit kurang berkemampuan Hbe Beta Thalassaemia untuk membeli peralatan atau perubatan yang diperlukan semasa pemindahan darah dilakukan.

Thalassaemia adalah penyakit keturunan yang berkaitan dengan darah dimana sel darah merah tidak dapat berfungsi menghasilkan oksigen untuk keperluan tubuh pesakit. Disini digariskan tanda-tanda atau kesan terhadap pesakit Thalassaemia:-

•  Sumsum tulang tidak dapat memproses sel darah merah.

•  Jantung dan organ-organ lain akan mengalami kekurangan oksigen.

•  Pesakit kelihatan pucat dan berasa letih sepanjang masa.

• Sekiranya tidak dirawat, pengidap akan kritikal dan meninggal dunia dalam usia lingkungan 1 hingga 8 tahun.

Peluang pesakit Hbe Beta Thalassaemia untuk hidup seperti keadaan normal adalah sangat tipis dan ini ditambah dengan keadaan kewangan keluarga pesakit yang kurang berkemampuan akan menyebabkan pesakit lebih kritikal atau meninggal dunia. Anggaran kos memainkan peranan dengan peningkatan harga kos dianggarkan berjumlah RM 11.2 juta bagi jumlah persakit 14,000 orang diseluruh Negara (untuk rawatan sekali atau dua kali sebulan) manakala peratus pengidap yang mungkin bertambah setiap tahun dan tidak kurang juga pengidap yang meninggal dunia.

Sebagai meneruskan langkah dan matlamat penubuhan Berkat Malaysia kami terpanggil untuk mengisi Tabung Thalassaemia Malaysia dimana sumbangan ini disalurkan terus kepada Institusi serta Badan atau Agensi yang terlibat dengan pesakit Thalassaemia di Malaysia. Adalah menjadi matlamat kami membantu meringankan beban yang ditanggung oleh semua pihak tidak kira ahli keluarga, pesakit atau pihak berwajib.Untuk menghapuskan penyakit ini adalah sesuatu yang amat mustahil sekali dilakukan tetapi mencari langkah mengurangkan penyakit ini daripada merebak adalah sesuatu usaha yang sentiasa berterusan.

Oleh yang demikian kami Jawatankuasa Berkat Malaysia bersama Kementerian Kesihatan Malaysia berusaha untuk mengumpulkan Dana bagi mengisi Tabung Thalassaemia Malaysia.

Sumbangan berupa Cek hendaklah dipalang diatas nama “TABUNG THALASSAEMIA MALAYSIA

 

 



 


Maklumat Yang Berguna   Utama Hubungi
Apakah Talasemia Siapa Kami
Jenis Talasemia Derma
Rawatan Sumber
Badan Kebajikan Thallaesmia Malaysia ( BERKAT )

Pejabat Berkat Malaysia

6A & 6B, Jalan 6/4 Pandan Komesial Park Pandan Indah,55100 Kuala Lumpur
Tel : 03 4292 9660